Pulau Pinang

Bukit Mertajam

Bukit Panchor

Telok Bahang

 


 

Hutan Lipur Telok Bahang   terletak di Hutan Simpan Telok Bahang.  Ia juga dikenali sebagai Rimba Rekreasi Telok Bahang.  Hutan Lipur ini merupakan sebahagian dari hutan simpan dara yang mempunyai pelbagai flora dan fauna. Pengunjung dapat menikmati keindahan tumbuh-tumbuhan melalui denai hutan yang disediakan.

Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di sini seperti beristirahat, berkelah dan mandi-manda.  Selain daripada itu beberapa kemudahan seperti padang permainan, tapak perkhemahan dan pondok rehat disediakan.  Di samping itu terdapat sebuah kolam yang mengandungi beberapa koleksi ikan air tawar terdapat dihutan lipur ini.


Lokasi:
Telok Bahang, P.Pinang

Pengarah Perhutanan Negeri Pulau Pinang.
Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang,
Tkt. 20, Menara KOMTAR,
10000 Pulau Pinang,
Tel. : 06-6505250

Terletak 24 km dari Bandaraya Pulau Pinang melalui Jalanraya ke Teluk Bahang.


 

Satu Muzium Perhutanan di buka untuk pengunjung untuk mengetahui perkembangan dan kegunaan hutan untuk kehidupan manusia. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Teluk Bahang.