Pulau Pinang

Bukit Mertajam

Bukit Panchor

Telok Bahang

 


 

Hutan Lipur Bukit Mertajam terletak di Hutan Simpan Bukit Mertajam yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit dan Pamah. Kedudukan hutan lipur ini setinggi 457 meter dari aras laut. Sebahagian besar kawasan ini masih mempunyai flora asalnya terdiri dari Meranti rambai daun, Meranti seraya dan Kedondong. Udara bukit yang sejuk menggalakan pertumbuhan paku-pakis, epifit, bunga-bunga hutan serta rama-rama, burung dan serangga yang biasanya tidak ditemui di kawasan tanah pamah. Daya penarik termasuklah sungai-sungai yang mengalir jernih dan air terjun kecil.


Lokasi:
B.Mertajam, P.Pinang

Pengarah Perhutanan Negeri Pulau Pinang
Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang.
Tkt. 20, Menara KOMTAR,
10000 Pulau Pinang.
Tel. : 06-6505250


Terletak 8 km dari Bandar Bukit Mertajam melalui Jalanraya Bukit Mertajam-Seberang Perai, 25 km dari bandaraya Pulau Pinang.

Pelbagai kemudahan seperti kolam-kolam mandi, tapak perkhemahan dan pelantar pemandangan telah disediakan. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Bukit Mertajam.