Negeri Sembilan

Batu Maloi

De Bana

Lata Kijang

Gallah

Ulu Bendul

Pasir Panjang

 


 

Hutan Lipur Ulu Bendul  terletak di Hutan Simpan Angsi yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Daya tarikan hutan lipur ini ialah terdapatnya Gunung Angsi yang merupakan sebahagian dari Banjaran Titiwangsa dengan ketinggian 825 meter.  Untuk sampai ke puncak, pengunjung boleh memulakan pendakian melalui hutan lipur ini dengan menyusuri Sungai Batang Terachi. Hutan lipur ini sesuai untuk aktiviti lasak, berkelah, berkhemah atau bersiar-siar.

Sungai yang mengalir di tengah-tengah hutan lipur dan pembentukan batu-batan yang bertindak sebagai benteng dan landskap semulajadi di sepanjang sungai menjadikan hutan lipur ini satu kawasan yang unik untuk dikunjungi dan bermandi-manda. Pelbagai kemudahan yang serba lengkap seperti kawasan perkhemahan, chalet dan lain-lain prasarana menjadikan hutan lipur ini salah satu destinasi pelancongan eko utama di Negeri Sembilan.


Lokasi:
K.Pilah, N.Sembilan

Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah N. Sembilan Timur,
72009 Kuala Pilah, N.Sembilan.
Tel. : 06-4811036

Terletak 20km dari Pekan Kuala Pilah melalui Jalanraya Kuala Pilah ke Seremban, 20 Km dari Bandar Seremban.

Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Bandar Seremban.