Negeri Sembilan

Batu Maloi

De Bana

Lata Kijang

Gallah

Ulu Bendul

Pasir Panjang

 


 

Hutan Lipur Lata Kijang terletak dalam Hutan Simpan Kenaboi dan adalah jenis Hutan Dipterokarp Bukit pada paras antara 400 dan 500 meter a.p.l. Keunikan hutan lipur ini ialah terdapat air terjun yang melimpah dari Sungai Kering iaitu anak Sungai Kenaboi yang menerjah turun melalui tebing-tebing tinggi yang berbatu licin setinggi 80 meter. Terdapat juga beberapa buah gua di sekeliling gunung ini seperti Gua Semong dan Gua Harimau. Hutan lipur ini kaya dengan pelbagai tumbuhan seperti orkid-orkid liar, tumbuhan herba, paku-pakis dan palma.

Selain daripada itu terdapat denai-denai dan laluan-laluan curam di sekeliling air terjun yang sesuai bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak. Di sepanjang perjalanan, pengunjung boleh meninjau perkampungan Orang Asli yang masih mengekalkan tradisi dan budaya hidup mereka.  Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di hutan lipur ini seperti berkelah, berkhemah, mandi-manda dan bersiar-siar.


Lokasi:
Jelebu/K.Kelawang, N.Sembilan

Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah N. Sembilan Barat,
Jln Tunku Kurshiah 70990 Seremban,
N. Sembilan.
Tel. : 06-7625690


Terletak 63 km dari Jelebu/Kuala Klawang, melalui Jalanraya Kuala Klawang - Seremban, 100 km dari Bandar Seremban.

Melalui Hutan Lipur Lata Kijang ini, terdapat satu denai hutan untuk mendaki puncak Gunung Besar Hantu setinggi 1462 meter iaitu gunung yang tertinggi di Negeri Sembilan.