|
|
Hutan Lipur Gallah
terletak di Hutan Simpan Galla yang terdiri dari jenis Hutan Dipterokarp
Pamah. Hutan lipur Gallah ini mempunyai pelbagai jenis pokok eksotik
yang
menjanjikan suasana aman serta damai. Hutan lipur yang menyediakan
prasarana seperti taman permainan kanak-kanak, pondok rehat dan
tapak perkhemahan ini, memberi keselesaan kepada pengunjung terutaman
pengguna-pengguna jalanraya dari Seremban-Mantin ke Kuala Lumpur untuk
beristirahat.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh
menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau
teksi dari Pekan Mantin atau Bandar Seremban.

|
Lokasi:
Mantin, N.Sembilan
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah N. Sembilan Barat,
Jln.Tunku Kurshiah, 70990 Seremban, N.Sembilan
Tel. : 06-7625690
Terletak 3 km dari
Pekan Mantin melalui Jalanraya Mantin ke Seremban, 12 km dari Bandar
Seremban.

|

|