|
|
Hutan Lipur De Bana
terletak di Hutan Simpan Pasoh yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp
Pamah. Hutan lipur ini diberi nama Hutan Lipur De Bana, bersempena nama sungai yang mengalir
di tengah-tengah hutan lipur ini. Keistemewaan hutan lipur ini ialah
terdapatnya pelbagai tumbuhan termasuk orkid liar, pokok-pokok herba
seperti Tongkat Ali dan Kacip Fatimah. Pelbagai aktiviti boleh
dijalankan di sini seperti berkelah, memanjat bukit, merentas denai,
berkhemah serta bersiar-siar.
Beberapa kemudahan seperti pondok rehat dan denai hutan disediakan bagi
memudahkan para pengunjung menikmati alam persekitaran semulajadi yang
nyaman.
 
|
Lokasi:
Serting, N.Sembilan
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah N. Sembilan Timur,
72009 Kuala Pilah. N. Sembilan.
Tel. : 06-4811036
Terletak 18 km dari Pekan Serting melalui Jalanraya Bahau ke Serting,96
km dari Bandar Seremban.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung
boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Serting.

|

|