Negeri Sembilan

Batu Maloi

De Bana

Lata Kijang

Gallah

Ulu Bendul

Pasir Panjang

 


 

Hutan Lipur Batu Maloi terletak di Hutan Simpan Gunung Tampin yang terdiri jenis Hutan Dipterokarp Pamah yang kaya dengan pelbagai jenis flora dan fauna. Keunikan disini terdapatnya Gua yang terbentuk di bawah bongkahan-bongkahan batu-batan yang besar di sepanjang 1km diberi nama Gua Batu Maloi.

Terdapat sebatang yang dikenali sebagai Sungai Johol yang mengalir di kawasan ini sesuai sebagai tempat aktiviti berkelah, mandi-manda dan beristirahat. Beberapa kemudahan seperti pondok rehat dan tapak perkhemahan.




Lokasi:
Johol, N.Sembilan

Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah N.Sembilan Timur,
72009 Kuala Pilah, N.Sembilan.
Tel. : 06-4811036

Terletak 8 km dari Pekan Johol melalui Jalanraya Tampin ke Kuala Pilah,68 km dari Bandar Seremban.

Bagi anda yang gemar kepada aktiviti lasak, batu-batan yang membentuk tebing tinggi dan curam bersedia menanti cabaran anda.

Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Tampin.