MELAKA

Tanjung Tuan

Sungai Udang

Bukit Batu Lebah

Air Keroh

 


 

Hutan Lipur Air Keroh adalah terdiri dari jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Antara tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sini adalah pokok-pokok seperti Kempas, Keruing, Meranti, Jelutong, Tampoi, Kedondong, Petai dan Pokok Melaka. Keunikan hutan lipur ini ialah pengunjung dapat melihat pemandangan pelbagai tingkat silara pokok melalui titian silara yang merentangi hutan sepanjang 250 meter pada aras ketinggian 15 meter dari atas tanah.

Hutan lipur terdapat pelbagai jenis fauna seperti monyet, tupai, burung, mamalia kecil, reptilia dan serangga. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan seperti berkhemah, berkhelah, berjogging serta bersiar-siar menikmati keindahan alam semulajadi dalam hutan. Beberapa kemudahan seperti chalet, domitri, log kabin serta gerai disediakan. Disamping itu sebuah muzium perhutanan yang mempamerkan cara-cara pengurusan hutan juga terdapat di dalam hutan lipur Air Keruh ini.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Bandaraya Melaka.

 

 

 

 

 

Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Melaka,

75450 Air Keroh, Melaka.
Tel. :06-231 6095


Hutan Lipur Air Keroh yang terletak 11 km dari pusat Bandaraya Melaka melalui Jalanraya Air Keruh ke Bandaraya Melaka.