|
|
Hutan Lipur Bukit Bakar
merupakan kawasan rekreasi di Jajahan Machang
yang terdiri dari jenis Hutan Dipterokarp Bukit. Pemandangan
di sekeliling sungai dan anak sungai yang mengalir ke kawasan ini
menjadikan tempat ini sesuai untuk beristirahat dan menikmati alam
semulajadi. Beberapa kemudahan disediakan seperti pondok rehat gerai
makan dan kolam air dan tempat berkelah disamping tanah lapang yang
dinaungi oleh pokok-pokok sesuai untuk aktiviti berkumpulan.
|

Lokasi:
Machang,
Kelantan.
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Jajahan Kelantan Timur,
18500 Macang,Kelantan.
Tel. :09-9751042
Terletak 7 km dari
Bandar Machang melalui Jalanraya Machang ke Kota Bahru, 63 km dari Kota
Bharu.
Berbagai aktiviti boleh
dijalankan di sini seperti berkelah, mandi-manda, berkhemah dan
bersiar-siar. Pengunjung-pengunjung boleh menuju ke tempat ini dengan
berbagai kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Machang, kerana ianya
terletak ditepi jalan raya. 
|

|