|
|
Hutan Lipur Bukit Hijau
terletak dalam Hutan Simpan Gunung Inas yang
mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah mempunyai ketinggian 150 - 200
meter aras paras laut. Hutan lipur ini mempunyai keunikan air terjun 5
tingkat yang mempersonakan yang dapat menambat hati pengunjung. Terdapat
denai hutan menuju ke Gunung Inas, ke Gunung Bintang Utara, Bukit Baubak
dan ke Bukit Hijau.
Bebeberapa kemudahan asas yang
disediakan adalah untuk mandi-manda, berkelah, berkhemah, trekking dan
jogging. Selain daripada itu kemudahan seperti chalet, gerai makanan
serta surau juga disediakan. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar,
mendaki gunung, melihat hidupan liar dan “arboretum”, selain itu, padang
juga disediakan di sini untuk kegunaan pengunjung.
Terdapat denai hutan yang boleh menghubungi
hutan lipur ini dengan Hutan Lipur Puncak Janing.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung
boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Jitra.
|
Lokasi:
Langkawi, Kedah
Penolong Pegawai
Hutan Daerah Kedah Utara
Pejabat Hutan Langkawi,
07000 Kuah, Pulau Langkawi, Kedah.
Tel. : 04-9666835
Terletak 12 km dari Pekan
Jitra, Kedah, 40 km dari Bandar Alor Setar. Boleh dihubungi melalui
jalanraya.
  
|

|