KEDAH

Air Terjun Temurun

Batu Hampar

Bukit Hijau

Bukit Wang

Durian Perangin

Gua Cherita

Gurun Kuari

Lata Bayu

Lata Lembu

Lata Mengkuang

Lubuk Semilang

Pasir Tengkorak

Perangin Sik

Puncak Janing

Seri Perigi

Sungai Badak

Sungai Rambai

Sungai Sedim

Sungai Teroi

Sungai Kunyit

Tasik Dayang Bunting

Tasik Pedu

Telaga Tujuh

Titi Hayun

Tupah

 


 

Hutan Lipur Titi Hayun berada dalam Hutan Simpan Gunung Jerai dan mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah pada aras ketinggian 200 - 300 meter aras paras laut. Hutan lipur ini mendapat nama sempena keujudan titi gantung berdekatan kawasan tersebut. Ianya sangat strategik dan terletak dipermulaan anak Tangga Kenari Seribu Tahun. Terdapat pelbagai flora dan fauna dari hutan jenis ini boleh ditemui dan tumbuhan utama yang terdapat adalah Meranti melantai, Meranti langgong dan Meranti tembaga.


 

Lokasi:

Yan, Kedah

 

 

Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Kedah Tengah,
08000 Sg.Petani, Kedah.
Tel. : 04-4212835
 

Terletak 3 km dari Pekan Yan, 40 km dari Bandar Alor Setar. Boleh di hubungi melalui jalan raya.

Berbagai aktiviti boleh dijalankan disini seperti mandi-manda, berkelah dan trekking, mendaki gunung serta melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan ini. Terdapat denai hutan melalui hutan asli menuju ke Air Terjun Puteri Mandi sejauh 1km. Untuk sampai ke hutan lipur ini, pengunjung perlu menyusuri dusun buah-buahan, perkampungan tradisional Melayu dan ladang getah. Pengunjung boleh menaiki kemudahan sendiri atau teksi dari Pekan Yan.