KEDAH

Air Terjun Temurun

Batu Hampar

Bukit Hijau

Bukit Wang

Durian Perangin

Gua Cherita

Gurun Kuari

Lata Bayu

Lata Lembu

Lata Mengkuang

Lubuk Semilang

Pasir Tengkorak

Perangin Sik

Puncak Janing

Seri Perigi

Sungai Badak

Sungai Rambai

Sungai Sedim

Sungai Teroi

Sungai Kunyit

Tasik Dayang Bunting

Tasik Pedu

Telaga Tujuh

Titi Hayun

Tupah

 


 

Hutan Lipur Sungai Teroi terletak di Hutan Simpan Gunung Jerai yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit: Keistimewa hutan lipur ini ialah kedudukannya di kawasan Gunung Jerai yang merupakan puncak tertinggi di Negeri Kedah. Pemandangan panorama yang menarik dari atas gunung dapat melihat kehijauan sawah padi, laut, Pulau Telor dan Pulau Bidan. Kawasan hutan lipur ini kaya dengan pelbagai tumbuhan tradisional seperti Pokok cina maki, Kelat, Gelam, Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Mata Pelanduk dan sebagainya. Terdapat juga beberapa tumbuhan seperti orkid liar dan periuk kera yang hidup subur tanpa gangguan.

Hutan lipur ini mempunyai pelbagai tumbuhan dari jenis Hutan Dipterokarp Bukit hingga ke jenis Hutan Dipterokarp atas seperti damar minyak dan tumbuhan jenis konifer seperti podo bukit, podo cucur atap serta podo ekor kuda.

 

Lokasi:

Yan, Kedah

 

 

Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Kedah Tengah,
08000 Sg.Petani, Kedah.
Tel. : 04-4212835

Terletak 11 km dari Bandar Gurun 43 km dari Bandar Alor Setar. Boleh dihubungi melalui jalanraya.

Berbagai aktiviti boleh dijalankan disini seperti mandi-manda, berkelah, berkhemah, trekking dan jogging serta bersiar-siar, mendaki gunung, melihat hidupan liar dan “arboretum”. Selain itu, kemudahan taman permainan juga disediakan di sini untuk kegunaan pengunjung. Satu denai hutan yang menuruni gunung sepanjang 1 km, terdapat air terjun yang unik dan menarik serta kawasan perkelahan dan perkhemahan yang sesuai untuk aktiviti berkumpulan.