KEDAH

Air Terjun Temurun

Batu Hampar

Bukit Hijau

Bukit Wang

Durian Perangin

Gua Cherita

Gurun Kuari

Lata Bayu

Lata Lembu

Lata Mengkuang

Lubuk Semilang

Pasir Tengkorak

Perangin Sik

Puncak Janing

Seri Perigi

Sungai Badak

Sungai Rambai

Sungai Sedim

Sungai Teroi

Sungai Kunyit

Tasik Dayang Bunting

Tasik Pedu

Telaga Tujuh

Titi Hayun

Tupah

 


 

Hutan Lipur Pasir Tengkorak terletak di Hutan Simpan Machinchang, Langkawi mempunyai jenis Hutan Bukit Pantai. Kemudahan yang disediakan adalah 5 buah chalet serta beberapa kemudahan seperti surau dan lain. Ianya juga terletak bersebelahan dengan Geleri Seni Ibrahim Hussein.

Kemudahan di sini kerap gunakan bagi aktiviti berkumpulan seperti murid sekolah, dari agensi kerajaan dan swasta untuk menjalankan aktiviti rekreasi. Di hutan lipur ini juga pengunjung boleh berkayak dan melihat hidupan liar serta berkelah, berkhemah, trekking dan bersiar-siar.

Lokasi:

Langkawi, Kedah

 

 

Penolong Pegawai Hutan Daerah Kedah Utara
Pejabat Hutan Langkawi,
07000 Kuah, Pulau Langkawi, Kedah.
Tel. : 04-9666835

Terletak 40 km dari bandar Kuah, Langkawi dan boleh dihubungi melalui jalan raya atau laut.
 

Terdapat denai dari Hutan Lipur Pasir Tengkorak ke Hutan Lipur Air Terjun Temurun. Laluan denai tersebut agak mencabar bagi mereka yang ingin mencuba untuk menguji ketahanan fizikal.

Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Bandar Kuah.