|
|
Hutan Lipur
Telaga
Tujuh terletak dalam kompartmen
8, Hutan Simpan Machinchang, Langkawi yang mempunyai jenis Hutan
Dipterokarp Pamah. Sungai Perangi bermula di puncak Gunung Machinchang
menghasilkan tujuh peringkat air terjum. Air terjun ini menghasilkan
kolam-kolam semula jadi yang dikenali sebagai Telaga Tujuh dan untuk
sampai di Telaga Pertama pengunjung perlu mendaki 600 anak tangga.

Terdapat satu denai hutan melalui tepian
sungai ke Puncak Gunung Machinchang.Di sini juga pengunjung boleh
mendaki gunung, melihat hidupan liar dan arboretum. Beberapa kemudahan
seperti wakaf, menara pandang, gerai makanan dan gerai cenderahati yang
terdapat di kawasan hutan lipur ini.
|
Lokasi:
Langkawi, Kedah
Penolong Pegawai Hutan Daerah Kedah Utara
Pejabat Hutan Langkawi,
07000 Kuah, Pulau Langkawi, Kedah.
Tel. : 04-9666835
Terletak 20 km dari
bandar Kuah, Langkawi, ia boleh dihubungi dengan jalan raya.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan
sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Bandar Kuah.
Ia juga berhampiran dengan pantai Kok dan Teluk Burau yang mempunyai
banyak tempat penginapan bertaraf antarabangsa.

|

|