KEDAH

Air Terjun Temurun

Batu Hampar

Bukit Hijau

Bukit Wang

Durian Perangin

Gua Cherita

Gurun Kuari

Lata Bayu

Lata Lembu

Lata Mengkuang

Lubuk Semilang

Pasir Tengkorak

Perangin Sik

Puncak Janing

Seri Perigi

Sungai Badak

Sungai Rambai

Sungai Sedim

Sungai Teroi

Sungai Kunyit

Tasik Dayang Bunting

Tasik Pedu

Telaga Tujuh

Titi Hayun

Tupah

 


 

Hutan Lipur Seri Perigi terletak dalam Hutan Simpan Gunung Jerai yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan jenis ini kaya dengan pelbagai flora dan fauna. Hutan lipur ini mempunyai air terjun yang tertinggi di Negeri Kedah iaitu melebihi dari 100 meter. Air terjunnya boleh kelihatan dari jalan raya Guar Chempedak ke Yan Kecil. Terdapat batu dinding yang sesuai untuk aktiviti lasak dan mencabar.

Berbagai aktiviti boleh dijalankan di sini seperti mandi-manda, berkelah, berkhemah dan trekking bersiar-siar, mendaki gunung serta melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan ini.

Lokasi:

Yan, Kedah

 

 

Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Kedah Tengah,
08000 Sg. Petani, Kedah.
Tel. : 04-4212835
Terletak 5 km dari Pekan Yan, 35 km dari Bandar Alor Setar. Boleh dihubungi melalui jalan raya.

Perjalanan ke hutan lipur ini amat mempersonakan dengan pemandangan sawah padi, perkampungan tradisional Melayu dan dusun buah-buahan. Tumbuhan utama boleh ditemui ialah Meranti melantai, Meranti langgong, Meranti tembaga dan palma.

Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Yan.