|
|
Hutan Lipur
Lubuk Semilang terletak
dalam Hutan Simpan Gunung Raya yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp
Pamah. Di hubungi melalui jalan raya bersama ke Kampung Buku
bersebelahan dengan hutan lipur ini. Kawasan Hutan lipur Lubuk Semilang
meliputi di sepanjang sungai 2 km.
Beberapa kemudahan asas seperti tandas dan tempat perkelahan untuk mandi,
berkelah, berkhemah,trekking dan jogging. Di sini juga pengunjung boleh
bersiar-siar, mendaki gunung, “arboretum” dan melihat hidupan liar yang
terdapat di dalam kawasan hutan lipur ini.
Disamping itu terdapat tapak permulaan denai
mendaki ke puncak Gunung Raya melalui tangga yang diberi nama Tangga
Helang Seribu Kenangan. Denai ini juga boleh menghubungkan ke Hutan
Lipur Durian Perangin sejauh 10 km melalui puncak Gunung Raya.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan
sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Bandar Kuah |
Lokasi:
Langkawi, Kedah
Penolong Pegawai Hutan
Daerah Kedah Utara
Pejabat Hutan Langkawi,
07000 Kuah, Pulau Langkawi, Kedah.
Tel. : 04-9666835
Terletak 8 km dari
Bandar Kuah, Langkawi, Boleh di hubungi melalui jalan raya dari Pekan
Kuah Langkawi.
 |

|