KEDAH

Air Terjun Temurun

Batu Hampar

Bukit Hijau

Bukit Wang

Durian Perangin

Gua Cherita

Gurun Kuari

Lata Bayu

Lata Lembu

Lata Mengkuang

Lubuk Semilang

Pasir Tengkorak

Perangin Sik

Puncak Janing

Seri Perigi

Sungai Badak

Sungai Rambai

Sungai Sedim

Sungai Teroi

Sungai Kunyit

Tasik Dayang Bunting

Tasik Pedu

Telaga Tujuh

Titi Hayun

Tupah

 


 

Hutan Lipur Lata Bayu terletak dalam Hutan Simpan Rimba Teloi yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan lipur ini juga dikenali sebagai Lata Asam Jawa. Keunikan hutan lipur ini ialah terdapat air terjun yang menarik setinggi 20 meter dan membentuk kolam semulajadi yang dikenali sebagai Lubok Lesung. Keadaan rupabumi adalah berbukit bukau dan terdapat denai sepanjang 5 km menuju ke Bukit Tok Bidan yang mempunyai ketinggian 842 meter aras paras laut.

Hutan Lipur Lata Bayu menyediakan beberapa kemudahan asas untuk pengunjung melakukan aktiviti di sini. Kemudahan yang disediakan seperti untuk mandi-manda, berkelah, berkhemah dan trekking. Disamping itu beberapa gerai makanan dan cenderamata disediakan di hutan lipur ini. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar, mendaki gunung dan melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan hutan lipur ini. Selain itu, padang juga disediakan di sini untuk kegunaan pengunjung yang datang.

 

Lokasi:

Baling, Kedah

 

 

Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Kedah Selatan,
09000 Kulim, Kedah.
Tel. : 04-4903760

 

Terletak 30 km dari Pekan Baling, 90 km dari Bandar Alor Setar. Boleh dihubungi melalui jalan raya.

Terdapat pelbagai flora dan fauna dari hutan jenis ini boleh ditemui dan tumbuhan utama di kawasan ini ialah Meranti seraya, Meranti tembaga, Meranti melantai, Kulim, Terap keledang dan Bintangor.

Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Baling.