|
|
Hutan
Lipur Gurun Kuari berada dalam Hutan Simpan
Gunung Jerai yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah pada paras
ketinggian 150 - 200 meter aras paras laut. Hutan Lipur ini terdapat air
terjun setinggi 15 meter yang mempunyai tarikan tersendiri sesuai untuk
bermandi-manda, berkelah dan berehat. Terdapat juga pelbagai flora dan
fauna dari hutan jenis ini ditemui. Tumbuhan utama yang boleh ditemui
ialah Meranti melantai, Meranti langgong dan Meranti tembaga.
Hutan
Lipur Gurun Kuari ini menyediakan beberapa kemudahan untuk pengunjung
melakukan aktiviti di sini. Kemudahan yang disediakan adalah kemudahan
untuk mandi, berkelah dan trekking. Di sini juga pengunjung boleh
mendaki gunung serta melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan hutan
lipur ini.

|
Lokasi:
Gurun, Kedah
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Kedah Tengah,
08000 Sg.Petani,Kedah.
Tel. : 04-4212835
Terletak
3 km dari Pekan Gurun, 35 km dari Bandar Alor Setar. Boleh dihubungi
melalui jalan raya.
Kawasan hutan lipur ini juga sesuai untuk
aktiviti lasak dan mencabar dan ia juga sesuai untuk tujuan pembelajaran
dan penyelidikan.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung
boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Gurun.

|
     
|