|
|
Hutan Lipur Puncak Janing
terletak dalam Hutan Simpan Bukit Perangin yang mempunyai jenis Hutan
Dipterokarp Pamah. Keunikan hutan lipur ini diserikan dengan 4 peringkat
air terjun sederhana yang menarik dengan batu-batan yang terhampar serta
kehijauan alam sekitar dari pohon-pohon semulajadi. Hutan Lipur ini
terdapat pelbagai flora dan fauna dari Hutan Dipterokarp Pamah. Tumbuhan
yang utama di kawasan ini ialah Kasai, Tulang daing, Meranti tembaga
serta Palma.
Aktiviti yang boleh dijalankan adalah
seperti mandi-manda, berkelah, bersiar-siar, mendaki gunung, , berkhemah,
trekking berjogging dan melihat hidupan liar. Kemudahan yang disediakan
ialah dewan dan surau serta padang disediakan untuk aktiviti berkumpulan.

Terdapat denai hutan yang boleh menghubungi
hutan lipur ini dengan Hutan Lipur Bukit Wang.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan
sendiri atau teksi dari Pekan Kuala Nerang. |
Lokasi:
Kuala Nerang, Kedah
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Kedah Utara,
06000 Jitra, Kedah.
Tel. : 04-9171601
Terletak 14 km dari Pekan
Kuala Nerang, 50 km dari Bandar Alor Setar, Kedah. Boleh dihubungi
melalui jalanraya.

|

|