|
|
Hutan Lipur Bukit Hijau
terletak dalam Hutan Simpan Gunung Inas yang
mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah mempunyai ketinggian 150 - 200
meter aras paras laut. Hutan lipur ini mempunyai keunikan air terjun 5
tingkat yang mempersonakan yang dapat menambat hati pengunjung. Terdapat
denai hutan menuju ke Gunung Inas, ke Gunung Bintang Utara, Bukit Baubak
dan ke Bukit Hijau.
Bebeberapa kemudahan asas yang
disediakan adalah untuk mandi-manda, berkelah, berkhemah, trekking dan
jogging. Selain daripada itu kemudahan seperti chalet, gerai makanan
serta surau juga disediakan. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar,
mendaki gunung, melihat hidupan liar dan “arboretum”, selain itu, padang
juga disediakan di sini untuk kegunaan pengunjung.

|
Lokasi:
Langkawi, Kedah
Penolong Pegawai
Hutan Daerah Kedah Utara
Pejabat Hutan Langkawi,
07000 Kuah, Pulau Langkawi, Kedah.
Tel. : 04-9666835
Terletak 45 km dari Pekan
Baling, 42 km dari Bandar Kulim, 45 km dari Bandar Sungai Petani dan 110
km dari Bandar Alor Setar. Boleh di hubungi melalui jalan raya.
Boleh ditemui pelbagai flora dan fauna dari jenis hutan disini. Tumbuhan
utama yang terdapat disini adalah Meranti seraya, Meranti tembaga serta
Meranti melantai. Di antara fauna yang terdapat di kawasan ini ialah
gajah, tapir, rusa kijang, lotong kekabu, tupai serta pelbagai spesies
burung dan unggas.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung
boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Kuala Ketil
atau dari Bandar Kulim.
|

 |