|
|
Hutan Lipur Batu Hampar
terletak dalam Hutan Simpan Gunung Jerai
yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Tumbuhan utama yang boleh
ditemui ialah Meranti melantai, Meranti langgong dan Meranti tembaga.
Kebersihan dan kejernihan air Sungai Raga yang merentangi hutan lipur
ini merupakan tarikan utama kawasan ini disamping kewujudan pokok-pokok
besar yang cantik dan menarik.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung
boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Yan.
Hutan lipur ini
menyediakan beberapa kemudahan asas seperti wakaf, tandas,jambatan dan
denai hutan. Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan disini adalah
seperti mandi-manda, berkelah, berkhemah, trekking dan jogging disamping
bersiar-siar serta mendaki gunung.
|
Lokasi: Yan, Kedah
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Kedah Tengah,
08000 Sungai Petani, Kedah.
Tel. : 04-4212835
Terletak 3 km dari Pekan
Yan, 40 km dari Bandar Alor Setar. Boleh di hubungi melalui jalan raya
Alor Setar Ke Yan


|

 |