|
|
Hutan Lipur
Tasik Dayang Bunting ini
terletak Hutan Simpan Pulau Dayang Bunting, Langkawi yang mempunyai
jenis Hutan Bukit Bukit Pantai. Keunikan kawasan hutan lipur ini
terdapat sebuah tasik air tawar semulajadi seluas 10 hektar. Kawasan
tasik ini adalah bersebelahan dengan laut yang dipisahkan oleh batu
berdinding selebar 10 meter. Kawasan hutan lipur ini mendapat nama dari
Tasik Dayang Bunting yang terdapat di pulau ini. Tasik lagenda ini
mempunyai mitos yang tersendiri.
Hutan lipur ini mendapat nama dari air
sungai yang berwarna kekuningan seperti kunyit. Ia merupakan salah satu
dari air terjun yang tercantik di Negeri Kedah di mana boleh kelihatan
dari Lebuhraya Utara Selatan. Berbagai aktiviti boleh dijalankan disini
seperti mandi-manda, berkelah, berkhemah dan trekking serta bersiar-siar,
mendaki gunung serta melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan hutan
lipur ini..
Beberapa kemudahan seperti wakaf, menara
pandang serta kemudahan kedai cenderahati terdapat di kawasan hutan
lipur ini. Berbagai aktiviti boleh dijalankan disini seperti berkayak
dan perahu kayuh serta mandi-manda, berkelah, berkhemah dan trekking.
Disamping itu pengunjung boleh bersiar-siar, mendaki gunung, melihat
hidupan liar dan “arboretum” yang terdapat di sini.
|
Lokasi:
Langkawi, Kedah
Penolong Pegawai Hutan
Daerah Kedah Utara
Pejabat Hutan Langkawi,
07000 Kuah, Pulau Langkawi, Kedah.
Tel. : 04-9666835
Terletak 20 km dari
Bandar Kuah, Langkawi. Boleh dihubungi melalui jalan laut sahaja.

Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung
boleh menggunakan bot dari Jeti Pekan Kuah, Langkawi.
|
  
|