Johor

Gunung Arong

Gunung Belumut

Panti

Soga Perdana

Sungai Bantang

Taka Melor

 


 

Hutan Lipur Panti terletak di Hutan Simpan Panti merupakan Hutan Dipterokarp Pamah yang kaya dengan pelbagai spesies pokok. Keindahan hutan ini sesuai untuk beristirahat sambil menikmati keindahan suasana semulajadi yang segar dan nyaman. Bagi memenuhi citarasa pengunjung, beberapa kemudahan asas seperti pondok dan bangku telah disediakan.

Hutan lipur ini sesuai dikunjungi untuk menjalankan aktiviti seperti berehat, berkelah, bersiar-siar, treking, berkhemah dan menjalankan akativiti-aktiviti berbentuk pendidikan seperti mengenal pokok, memerhati burung, batu-batan dan lain-lain


Lokasi:
    Kota Tinggi, Johor

Pejabat Hutan Daerah Johor Selatan,
Aras 9, Bangunan Sultan Ibrahim,
Jln. Bukit Timbalan, 80000 Johor Bahru.
Tel. : 07-2243048

Terletak 8 km dari bandar Kota Tinggi melalui Jalanraya Kota Tinggi-Mersing.

Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Bandar Kota Tinggi.