Famili : Nepenthaceae
Nama saintifik : Nepenthes gracilis Korth
Nama tempatan : Periuk Kera
   
Kegunaan :

Melebatkan rambut, sakit mata, cirit-birit, gigitan bisa, batu karang dan darah tinggi.

Kaedah :

Cecair dalam periuknya boleh melebatkan rambut dengan melumurnya ke rambut dan mengubati sakit mata. Air rebusan akar dan batang diminum untuk merawat cirit-birit, batu karang dan darah tinggi. Jus batang diminum untuk  mengurangkan sengatan bisa gigitan.

Habitat :

Kawasan hutan dipterokarpa bukit dan Hutan Gunung

Ciri - ciri Istimewa:

Tanaman tumbuhan ini  boleh dikatakan membawa tuah kepada warga keturunan cina

Kaedah Pembiakan :

Keratan akar