Famili : Myrsinaceae
Nama saintifik : Labisia pumila
Nama tempatan : Kacip fatimah
   
Kegunaan :

Campuran herba ibu bersalin, buasir, sakit dalam tulang, meroyan.

Kaedah :

Air rebusan keseluruhan pokoknya terutama bahagian akarnya diminum. Selain daripada itu juga , keseluruhan pokok ini juga boleh dijadikan debu dan digunakan untuk rawatan buasir dengan cara menyapu pada bahagian  buasir yang keluar.

Habitat :

Biasanya didapati di kawasan yang bercangkat rendah, di kawasan berair.  

Ciri - ciri Istimewa:

Daunnya berwarna hijau dan mempunyai buah bertangkai warna merah di bahagian pangkal batangnya.

Kaedah Pembiakan :

Pembiakannya menggunakan biji  benih