Sinopsis

Objektif Dasar Perhutanan Negara, 1978 (Pindaan 1992) adalah untuk memelihara dan mengurus hutan melalui amalan pengurusan hutan secara berkekalan serta mengekalkan peranan pentingnya dalam ekonomi negara dan kestabilan alam sekitar.

Secara ringkas, Dasar Perhutanan Negara adalah bertujuan untuk mencapai objektif berikut:

  • Pengwartaan Hutan Simpanan Kekal


  • Untuk memperuntukkan kawasan tanah yang mencukupi bagi Hutan Perlindungan, Hutan Berhasil, Hutan Lipur dan Hutan Pendidikan dan Penyelidikan sebagai Hutan Simpanan Kekal.
  • Perundangan Hutan


  • Untuk memastikan sumber hutan dikekal dan diuruskan secara berkekalan melalui penguatkuasaan undang-undang hutan yang cekap.
  • Pengurusan Hutan Secara Berkekalan


  • Untuk mengurus hutan melalui amalan prinsip pengurusan hasil secara berkekalan bagi mencapai faedah sosial, ekonomi dana alam sekitar yang maksimum
  • Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hutan


  • Untuk meningkatkan program pembangunan hutan melalui operasi pemeliharaan dan pemuliharaan hutan berasaskan amalan-amalan silvikultur yang sesuai bagi mencapai produktiviti yang maksimum.
  • Pengusahasilan Hutan


  • Untuk menggalakkan cara-cara pengusahasilan hutan yang cekap melalui rancangan pengurusan dan pengusahasilan hutan yang ditetapkan bagi penghasilan keluaran hutan secara berterusan.
  • Keluaran dan Industri Hutan


  • Untuk mencapai keseimbangan yang rasional antara kapasiti keupayaan industri pemprosesan dengan bekalan sumber hutan.
  • Penyertaan Bumiputra


  • Untuk terus menggalakkan penyertaan kaum Bumiputra dalam lapangan perusahaan kayu sejajar dengan Dasar Pembangunan Nasional Kerajaan.
  • Ladang Hutan


  • Untuk menubuh dan menguruskan ladang hutan untuk menampung bekalan kayu balak dari kawasan hutan asli serta juga menggalakkan pelaburan sektor swasta yang aktif dalam penubuhan dan pembangunan ladang hutan.
  • Hutan Tani


  • Untuk menggalakkan penglibatan aktif masyarakat setempat dalam program hutan tani.
  • Pengeluaran Hutan Bukan Kayu


  • Untuk meningkatkan keluaran hutan bukan kayu bagi menampung permintaan tempatan serta keperluan industri pemprosesan yang berkaitan.
  • Penyelidikan Perhutanan


  • Untuk menggalakkan sektor awam dan swasta dalam perlaksanaan semua aspek penyelidikan perhutanan.
  • Pembangunan Tenaga Manusia dan Latihan


  • Untuk menambah bilangan tenaga manusia yang terlatih bagi menampung keperluan perhutanan dan industri berasaskan kayu.
  • Pendidikan dan Pengembangan Perhutanan


  • Untuk menggalakkan perkhidmatan pengembangan, publisiti dan pendidikan perhutanan.
  • Pemeliharaan Kepelbagaian Hayat


  • Untuk melaksanakan program-program yang sesuai bagi mengekalkan kepelbagaian hayat dan memelihara jenis-jenis flora dan fauna yang unik.
  • Perhutanan Masyarakat, Rekreasi dan Pelancongan


  • Untuk menggubal program-program perhutanan masyarakat serta menyediakan kemudahan berekreasi dan pelancongan.
  • Nilai Khusus Saintifik


  • Untuk mewujudkan kawasan yang sesuai bagi tujuan pendidikan dan keperluan sains.
  • Kerjasama Antarabangsa


  • Untuk menjalinkan perhubungan dan kerjasama antarabangsa yang lebih erat bagi meningkatkan kefahaman dalam pengurusan dan pembangunan hutan hujan tropika.