Pendahuluan
Latar Belakang
Hutan hujan tropika merupakan salah satu ekosistem yang paling kompleks
di dunia. la merupakan warisan semulajadi yang unik yang telah berevolusi
semenjak berjuta-juta tahun dan merupakan kediaman kepada pelbagai jenis
tumbuh-tumbuhan dan haiwan. la membantu memelihara hidupan liar,
sumber genetik dan menyediakan eko-habitat semulajadi kepada flora dan
fauna. Hutan menyediakan makanan dan perlindungan untuk berbagai jenis
mamalia, reptilia, amphibia, ikan, burung dan serangga, yang mana kebanyakannya
adalah penghuni asli di rantau ini.
Hutan juga memainkan peranan penting dalam pengawalan iklim dan keadaan
fizikal negara, mengawal sumber air, memastikan kestabilan alam sekitar
dan mengurangkan kerosakan ke atas tanah-tanah pertanian.
Hutan hujan tropika di Malaysia sebahagian besamya terdiri dari hutan
dipterokarpa pamah dan bukit yangkaya dengan berbagai spesies serta penting
kepada ekonomi dan ekologi negara. Hutan-hutan jenis lain yang terdapat
di sini adalah hutan paya laut, hutanpaya-gambut, hutan montane oak
dan hutan montane ericaceous.Selain daripada kepentingannya bagi
pengeluaran kayu jaras dan arang, hutan paya laut yang terdapat
di persisiran pantai, juga memain peranan penting dalam perlindungan dan
pengekalan ekosistem semulajadi pantai, perikanan dan hidupan laut yang
lain. Hutan paya gambut yang terdapat di kawasan pendalaman
menghasilkan beberapa spesies kayu yang bermutu tinggi.
Sebagai satu sumber yang boleh diperbaharui, hutan hujan tropika terns
memberi pulangan sosio-ekonomi yang penting dan ia perlulah dipelihara
untuk mempastikan faedah-faedah yang maksimum dan berterusan
Pentadbiran
Mengikut Perlembagaan Persekutuan, perhutanan adalah di bawah bidang
kuasa Kerajaan Negeri yang mempunyai hak mutlak ke atas sumber hutan. Kerajaan
Persekutuan memberikan nasihat teknikal tentang pengurusan dan pembangunan
hutan, menjalankan penyelidikan dan khidmat latihan serta menggalakkan
industri berasaskan kayu dan perdagangan.
Di dalam hubungan ini kerjasama rapat diantara Kerajaan Negeri dengan
Kerajaan Persekutuan mengenai hal-hal perhutanan adalah penting. Majlis
Perhutanan Negara (MPN) berfungsi memudahkan penerimapakai, mengkoordinasi
amalan pengurusan dan penggunaan hutan secara terancang, rasional
dan efektif, sejajar dengan keperluan untuk mengekalkan hutan
sebagai sumber asli yang boleh diperbaharui dalam jangkamasa panjang.
Perundangan dan Dasar Perhutanan
Enakmen dan Kaedah-Kaedah Hutan untuk pentadbiran hutan telah diterimapakai
oleh Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu pada awal tahun 1930an dan seterusnya telah diganti dengan Akta
Perhutanan Negara dalam tahun 1984.
Dasar Perhutanan Sementara yang pertama digubal pada tahun 1952 telah
diterimapakai secara rasmi sebagai Dasar Perhutanan Negara dalam tahun
1978. Walau bagaimanapun, dasar ini perlu dikemaskini bagi menghadapi isu-isu
semasa dan pembangunan dalam konteks aspirasi negara.
|