Hutan Lipur Papan terletak dalam Hutan Simpan Kledang Saiong yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit. Hutan lipur ini diberi namanya dari nama pekan Papan sebuah pekan kecil berhampiran dengan kawasan ini. Kawasan hutan lipur ini mempunyai keunikan yang tersendiri, agak terpencil dan berlatar belakangkan hutan asli yang tebal. Sebatang sungai mengalir di kawasan ini dengan air yang sederhana mengalir di atas batu-batan, sesuai untuk berkelah dan mandi-manda. Denai hutan disediakan untuk kemudahan pengunjung terutama pelajar-pelajar mempelajari tumbuh-tumbuhan di kawasan ini. Terdapat juga sebuah tapak semaian di kawasan ini yang dibangunkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak. Kawasan ini digemari oleh banyak agensi untuk melaksanakan berbagai bentuk aktiviti perkhemahan. Di antara kemudahan yang telah disediakan ialah dewan serbaguna, tapak perkhemahan, tandas dan bilik mandi, surau dan pondok rehat dan lain-lain lagi. | Lokasi: Batu Gajah, Perak Pegawai Hutan Daerah Pejabat Hutan Daerah Kinta/Manjung, Batu Gajah, 31000 Batu Gajah.Perak. Tel. : 05-3661228 Terletak 5 km dari Bandar Batu Gajah melalui Jalanraya Ipoh ke Batu Gajah, 24 km dari Bandaraya Ipoh. Untuk sampai ke sini: Pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Batu Gajah atau Bandar Ipoh. | Aktiviti/Kemudahan: - Bersiar
- Berenang
- Trekking
- Berkelah
- Berkhemah
|