Hutan Lipur Lata Kekabu terletak dalam Hutan Simpan Bintang Hijau dan mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit. Kawasan hutan aslinya yang cantik dengan udara yang nyaman kaya dengan berbagai pokok seperti meranti, kempas, jelutong, keruing dan lain-lain lagi. Pengunjung dapat mengenali pokok-pokok ini melalui label yang sediakan hanya dengan melalui lorong kaki yang dibina disepanjang kawasan perkelahan. Terdapat air terjun yang cantik lebih kurang 50 meter tinggi dan sungai yang bersih mengalir dikawasan ini. Kawasan ini sesuai dikunjungi untuk bersiar-siar , berehat dan berkelah dihujung minggu. Kemudahan tapak khemah, dewan serbaguna, surau serta bilik mandi disediakan untuk kemudahan pengunjung yang ingin tinggal lebih lama disini atau untuk menjalankan berbagai bentuk aktiviti pendidikan, rekreasi dan riadah. | Lokasi: Lenggong, Perak Pegawai Hutan Daerah Pejabat Hutan Daerah Ulu Perak, 33300 Grik,Perak. Tel. : 05-7912384 Terletak 15 km dari Pekan Tapah melalui Jalanraya Tapah ke Cameron Highlands, 85 km dari Bandaraya Ipoh. Untuk sampai ke sini: Pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Kuala Kangsar. | Aktiviti/Kemudahan: - Bersiar
- Berenang
- Trekking
- Berkelah
- Berkhemah
|