|
Hutan Lipur Seri Perigi terletak dalam Hutan Simpan Gunung Jerai yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan jenis ini kaya dengan pelbagai flora dan fauna. Hutan lipur ini mempunyai air terjun yang tertinggi di Negeri Kedah iaitu melebihi dari 100 meter. Air terjunnya boleh kelihatan dari jalan raya Guar Chempedak ke Yan Kecil. Terdapat batu dinding yang sesuai untuk aktiviti lasak dan mencabar.
Berbagai aktiviti boleh dijalankan di sini seperti mandi-manda, berkelah, berkhemah dan trekking bersiar-siar, mendaki gunung serta melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan ini.
Terdapat denai hutan yang boleh menghubungi hutan lipur ini dengan Hutan Lipur Bukit Wang.
Perjalanan ke hutan lipur ini amat mempersonakan dengan pemandangan sawah padi, perkampungan tradisional Melayu dan dusun buah-buahan. Tumbuhan utama boleh ditemui ialah Meranti melantai, Meranti langgong, Meranti tembaga dan palma.
|
Lokasi: Yan, Kedah
Pegawai Hutan Daerah Pejabat Hutan Daerah Kedah Tengah, 08000 Sg. Petani, Kedah. Tel. : 04-4212835
Terletak 5 km dari Pekan Yan, 35 km dari Bandar Alor Setar. Boleh dihubungi melalui jalan raya.
Untuk sampai ke sini:
Pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Yan.
|
Aktiviti/Kemudahan:
- Bersiar
- Berenang
- Mendaki gunung
- Berkhemah
- Berkayak
|